“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus bij...
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah 2:261)
PROJECT LAPTOP : “GIVE EVERY CHILD A FUTURE THROUGH EDUCATION”Sejak wabak Covid19 ini melanda di seluruh dunia, berbagai aktiviti harian manusia telah berubah kepada “norma baharu”.
Mahasiswa dan mahasiswi di IPTA tidak terkecuali, mereka juga terpaksa adaptasi
“norma baharu” ini untuk kelangsungan pendidikan mereka. IPTA tutup, pelajar balik rumah, dan hanya satu
cara untuk meneruskan pengajian, iaitu
secara atas talian (online class)Pernahkah kita terfikir bagaimana anak-anak dari keluarga
B40 termiskin akan mampu memiliki laptop untuk pembelajaran secara online ini?
Apakah mereka perlu ketinggalan dalam pembelajaran hanya kerana tiada laptop di rumah?
Ramai yang meminta bantuan di atas keperluan baru ini,
Oleh itu, Al-I’tisam melancarkan “Project Laptop – Give Every Child a Future Through Education” untuk membantu anak-anak ini teruskan pengajian IPTA mengikut “norma baharu”.
Sumbanglah seikhlas hati, agar golongan pelajar kita dapat menyerlahkan masa depan mereka ini.