INFAQ UNTUK PEMBELIAN RUMAH WARGA EMAS AL-FATTAH

Dimulakan pada:
09 Aug, 2021
INFAQ UNTUK PEMBELIAN RUMAH WARGA EMAS AL-FATTAH
100.00%
RM500,002
/RM500,000
13046
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

DANA BAGI MEMBINA DAN MEMBELI TANAH UNTUK AL-FATTAH
Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah) mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka di han...
DANA BAGI MEMBINA DAN MEMBELI TANAH UNTUK AL-FATTAH

Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah) mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka di hantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital atau NGO.


Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini terjadi apabila terdetik di hati untuk menjaga warga emas yang ditinggal atau gelandangan-gelandangan yang terdiri dari warga emas supaya mereka dapat dijaga dengan lebih baik dan teratur.


Pengurus Rumah Perlindungan Al-Fattah sedang menyantuni penghuni di sini


Alhamdulillah Rumah Perlindungan Al-Fattah kini menempatkan hampir 20 orang penghuni telah menetap di sini daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Ada yang sebatang kara, ada yang ditinggalkan dan diabaikan oleh anak-anak mereka.


Kami juga bersyukur masih ada yang prihatin untuk meringankan beban kami di rumah kebajikan ini. Ada yang menyumbang makan minum, barang basah dan ada yang sumbangkan kereta untuk memudahkan pergerakan penghuni ke mana-mana seperti ke hospital.


Kereta yang disumbangkan oleh YAYASAN SIME DARBY dan UMW CORPORATION


Penghuni di sini sangat selesa dan gembira tinggal di sini. Kami memastikan setiap kelengkapan, setiap perkara dititik berat dan kelengkapan juga disediakan secukupnya. Tiada yang kurang dan jika ada kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.


Buat masa ini Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah sedang menyewa sebuah rumah semi-D di Taman Tasik Semenyih untuk menempatkan warga emas ini. Mereka sangat sedih apabila mendapat tahu rumah yang mereka sedang duduki ini akan dijual. Dan mereka berharap ada yang sudi membantu supaya rumah ini tetap kekal menjadi rumah mereka dengan membelinya.


Keadaan Ruang Depan Rumah 


Keadaan Tepi Rumah 


Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."


Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Surah Ali Imran, ayat 92


Keadaan Ruang Tamu Rumah 


Mari bantu mereka untuk kekalkan rumah tempat mereka menetap ini, hanya tinggal kurang setahun saja lagi sebelum rumah mereka ini akan dijual. Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka jika rumah mereka duduki dijual kepada orang lain. Terpaksa berpindah randah lagi ke tempat lain dan ini amat merumitkan warga emas di sini.


Atas sebab itulah kami berhasrat ingin membeli rumah ini dengan bantuan sumbangan orang ramai. Semoga sumbangan anda ini dapat menjadi asbab untuk anda masuk ke syurga. Selagi mana rumah ini digunakan untuk tujuan bermanfaat, selagi itulah pahala akan mengalir masuk ke akaun anda. Semoga anda semua dimurahkan rezeki wahai semua penyumbang yang dermawan. Amin Ya Rabb.




Laporan Kempen

29 Oct 2021

Sumbangan masih diperlukan, termasuk untuk tanggungan bil utiliti, pengangkutan ibu ayah Al-Fattah ke hospital setiap minggu dan untuk bekalan makan minum ibu ayah Al-Fattah. Mohon sebar luas iklan sumbangan ini terima kasih banyak moga Allah membalasnya dengan kebaikan pula

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM74.00
Nov 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 14, 2022
ASMADI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 14, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
BANTUAN PERSIAPAN PERSEKOLAHAN PELAJAR MISKIN DAN ASNAF
BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM DAN ASNAF BUAT MEREKA SERONOK BELAJAR
INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
SOKONG PENDIDIKAN 50 ANAK YATIM DAN ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat