RAYUAN DERMA KILAT BANTUAN BANJIR

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
13 Dec, 2022
RAYUAN DERMA KILAT BANTUAN BANJIR
102.83%
RM12,339
/RM12,000
347
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini untuk merayu derma kilat bagi Iltizam Relief menggerakkan bantuan musibah banjir. Beberapa negeri sudah pun banjir. Ayuh kita hulurkan sedikit untuk ringankan beban mereka yang terkesan.

Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh Jabatan Mateorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk amaran banjir. Beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor telah pun dilaporkan banjir.

Iltizam Relief Society bersiap siaga peringkat terakhir dan akan menggerakkan bantuan bila-bila masa sahaja. Tahun ini Iltizam Relief bersama rakan-rakan NGO yang lain juga sudah bersiap siaga menghadapi apa sahaja kemungkinan banjir besar di Lembah Klang. Buat masa ini, kami telah pun menyediakan kit kebersihan (hygiene kit), baldi dan air mineral untuk 500 orang, dengan dana yang ada. Namun, dana yang besar diperlukan untuk menggerakkan lebih banyak bantuan banjir termasuk pasca banjir.

Antara bentuk bantuan ketika banjir ialah kit kebersihan (berus gigi, ubat gigi, tuala, baldi, sabun) dan air mineral, snek pek (makanan ringan seperti roti kering, kopi segera dll) serta makanan siap dimasak. Antara bentuk bantuan pasca banjir ialah bantuan dapur gas, tilam, toto, bantal, selimut dan barang makanan (kering). Ketika banjir hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, Iltizam Relief telah ke hadapan memainkan peranan besar membantu mangsa-mangsa banjir seperti berikut:

1) Selangor: Taman Sri Muda, Dengkil, Shah Alam dan Padang Jawa

2) Johor: Segamat

3) Pahang: Temerloh, Maran, Chenor

4) Terengganu: Kuala Telemung

5) Kelantan: Kuala Krai dan Rantau Panjang

Ini semua kami mampu lakukan kerana adanya sokongan dari rakyat Malaysia yang yakin dan percaya kepada Iltizam Relief. Oleh itu, kami merayu kepada semua pihak supaya menghulurkan sumbangan derma kilat bagi kami membantu mangsa banjir tahun 2022–2023 pula. Ayuh semua, RM10 anda hulurkan mampu membantu meringankan beban dan musibah yang menimpa rakyat Malaysia.

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

08 Mar 2023

6/3/2023, Pejabat Majlis Daerah Yong Peng, Johor

Alhamdulillah, hari ini ILTIZAM telah membekalkan 100 susu bayi dan 50 lampin bayi serta 500 snack packs, 500 hygiene kits dan 500 tuala ke PKOB Yong Peng untuk disalurkan kepada PPS sekitar Batu Pahat.

Hasil apa yang kami sendiri lihat, setakat hari ini keadaan banjir di Johor amatlah buruk dan memang ramai terjejas teruk.

Amatlah besar sumbangan anda kepada kami kerana kita telah termasuk sebahagian orang yang telah membantu mangsa banjir ini.

Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Mangsa banjir ini akan menghadapi masalah lebih besar pasca banjir ini.

Teruskan sumbangan anda.

06 Mar 2023

4/3/2023, Bukit Jelutong. Alhamdulillah hari ini ILTIZAM telah mengirim 'snak pack' iaitu makanan ringan sesuai untuk mangsa banjir Johor tinggal di PPS. Sumbangan ini dihantar ke Segamat.

Insya Allah pada 6/3/2023, satu lagi team ILTIZAM akan ke Batu Pahat dengan 1 lori bantuan.

Teruskan sumbangan anda untuk misi banjir ILTIZAM.

03 Mar 2023

BANTUAN BANJIR JOHOR

2/3/2023, Kluang.

Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.

Alhamdulillah, pada hari ini wakil Iltizam Relief telah menyampaikan bantuan Hygiene Kits (Kit Kebersihan) serta baldi seperti berikut:

84 unit di PPS Batu 4 Kluang, Johor

76 unit PPS SRJK (C) Kahang, Kluang, Johor.

Untuk maklumat anda, semua bentuk bantuan hanya boleh diserahkan kepada PPS seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.

Cuaca tidak menentu, jarang-jarang berlaku banjir besar di bulan Mac, tetapi kini berlaku.

Terima kasih atas sumbangan anda sebelum ini. Dengan adanya dana, kami boleh segera bertindak apabila berlaku banjir.

Jom menghulurkan sumbangan untuk dana kecemasan banjir kami.

07 Feb 2023

Banjir di Pahang dijangka semakin buruk. Iltizam Relief sentiasa bersiap siaga untuk membantu.

Pantai Timur tidak banjir? Pahang juga pantai timur.

Sebenarnya kebanyakkan ramalan cuaca baru-baru ini adalah tepat, dengan izin Allah.

Sebab itu NGO bersiap siaga untuk membantu dan memerlukan dana untuk itu.

Jom kita bantu seikhlas hati.

31 Jan 2023

31/1/2023, Kluang, Johor.

Selama 2 hari ILTIZAM RELIEF berada di sini bagi mengedarkan bantuan untuk mangsa banjir. Hari ini insya Allah akan diedarkan bantuan ke 3 kampung, termasuk kampung Orang Asli. Jumlah keseluruhan bantuan adalah untuk 300 keluarga.

Terima kasih ATM dan Bomba yang menyediakan begitu ramai anggota dan asset untuk membantu operasi bantuan ini. 

04 Jan 2023

23/12/2022 - 24/12/2022, Kok Lanas, Kelantan.

Alhamdulillah Iltizam Relief telah menaja dan memasak di sini dan membekalkan makanan panas untuk 3,000 mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat.

Terima kaish semua penyumbang.

27 Dec 2022

22/12/2022, Kuala Telemung, Terengganu.

Alhamdulillah, pada hari Iltizam Relief Society telah menyampaikan barang set kebersihan, baldi dan air minum untuk 200 mangsa banjir. Kampung-kampung di sini telah dilanda banjir untuk kali kedua tahun ini sahaja, bantuan kecil ini amatlah bermakna buat mereka.

Terima kasih atas sumbangan anda semua. Semoga Allah menggantikan dengan harta yang lebih.

21 Dec 2022

𝐒𝐄𝐃𝐄𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈?

Jangan tunggu hingga esok untuk bersedekah!

Jom menyumbang walau RM10 untuk kami memasak sekurang-kurangnya untuk 1,000 orang mangsa banjir sehari di Kelantan.

Dapur sudah beroperasi tetapi memerlukan sokongan anda untuk terus beroperasi. Kos sehari adalah RM3,000.

Makanan dimasak di Kok Lanas, diedarkan ke Pasir Puteh, Tanah Merah dan lain-lain.

21 Dec 2022

21/12/2022, Bukit Jelutong, Shah Alam. Tempahan kami untuk 200 tikar dan 200 selimut telah sampai. Kami akan hantar ke Kuala Telemung, Terengganu hari ini bersama 200 baldi, 200 set kebersihan, 216 botol air minum.

Insya Allah, kami juga akan membantu dapur rakyat untuk mangsa banjir Kelantan di mana kami bersama rakan tempatan akan masak untuk 2,000 pek makanan satu hari, iaitu 1,000 untuk makan tengah hari dan 1,000 untuk makan malam. Dana besar amat diperlukan.

Kami merayu sumbangan anda semua.

Semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan harta yang lebih baik lagi barokah.

19 Dec 2022

Kami mendapat laporan dari sukarelawan kami di tempat kejadian bahawa hujan turun berterusan di Kelantan sejak 18/12/2022.

ILTIZAM RELIEF sedang bersiap siaga tahap merah untuk bergerak bila-bila ke Kuala Krai dan Pasir Puteh setelah mengenal pasti kawasan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Ayuh tuan / puan, derma kilat anda akan membantu kami untuk memberi bantuan yang sesuai serta kos logistik.

Dengan dana yang ada kami telah siapkan 500 pek hygiene kit dan 500 baldi serta 500 botol besar air mineral untuk 500 orang mangsa.

19 Dec 2022

Terkini 48 buah PPS sudah dibuka sehingga jam 6.59 petang 18/12/2022 :

- SK Tok Deh - 712 mangsa

- PPS Putat Tujoh - 228 mangsa 

- SK Kubang Kual - 165 mangsa

- SK Gual Periok - 510 mangsa

- Masjid Mukim Padang Licin - 57 mangsa

- SK Kedai Tanjong - 37 mangsa

- SK Batang Merbau, Tanah Merah - 69 mangsa 

- SK Kelewek, Tanah Merah - 228 mangsa

- SK Gual Jedok, Tanah Merah - 37 mangsa

- Sk Bendang Nyior, Tanah Merah - 197 mangsa

- SK Hamzah (1) - 84 mangsa

- SK Alor Pasir, Tanah Merah - 99 mangsa

- SK Belimbing, Tanah Merah - 14

- Balairaya Kg. Mia, Kuala Krai - 165 mangsa

- SMK Ayer Lanas, Jeli - 80 mangsa

- Madrasah Kg. Sepuluh, Kuala Krai - 37 mangsa

- Masjid Abu Bakar Tanjong Kala, Kuala Krai - 26 mangsa

- SK Legeh, Jeli - 80 mangsa

- Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah - 70 mangsa

- SMK Tan Sri Mohamad Yaakob, Tanah Merah - 18 mangsa

- SMK Bukit Bunga, Tanah Merah - 33 mangsa

- Masjid Chuchuh Puteri A, Tanah Merah - 18 mangsa

- Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A, Kuala Krai - 90 mangsa

- Madrasah Wak Seman Kampung Air Batu, Tanah Merah - 74 mangsa

- Madrasah Chuchuh Puteri A, Kuala Krai - 51 mangsa

- SK Lawang, Tanah Merah - 77 mangsa

- SK Changgai, Pasir Puteh - 215 mangsa

- SK Chenulang, Kuala Krai - 94 mangsa

- SMU (A) Kajang, Tanah Merah - 57 mangsa

- SK Dewan Besar, Machang - 248 mangsa

- SK Sg. Embak, Kuala Krai - 35 mangsa

- SMK Melor -

- SK (C) Yuk Cheng, Tanah Merah - 5 mangsa

- Dewan Kompleks Kamil, Pasir Puteh - 84 mangsa

- SK Wakaf Raja - 29 mangsa

- Tadika Kemas Kuala Pertang, Kuala Krai - 72 mangsa

- SK Tok Bok, Machang - 12 mangsa

- SM Kangkong, Pasir Mas - 34 mangsa

- SK Pak Roman, Machang - 29 mangsa

- SMK Tanah Merah 1 - 15 mangsa

- SK Baroh Pial, Pasir Mas - 330 mangsa

- SK Lati, Pasir Mas - 78 mangsa

- SRK Kamil 1, Pasir Puteh - 73 mangsa

- SK Bukit Jawa 2, Pasir Puteh - 5 mangsa

- Masjid Mukim Kuala Kepok, Tanah Merah - 65 mangsa

- SJK(C) Pei Hwa, Machang - 35 mangsa

- SK Melor, Kota Bharu - 63 mangsa

- SMK Salor, Kota Bharu - 4 mangsa

- SK Pangkal Jenereh, Machang - 115 mangsa

Jumlah mangsa = 4963 orang

Jumlah keluarga = 1478 mangsa

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 08, 2023
MOHD NIZAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 30, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU PARA PEJUANG NAFKAH
Kempen Sumbangan Tamat