ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 16, 2024

SEDEKAH DAGING HARI RAYA KORBAN BERSAMA ILTIZAM

RM6,073 / 20.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

221 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama Iltizam Relief Society, mari kita jadikan Aidiladha tahun ini lebih bermakna. Sumbang daging anda sekarang dan ubah kehidupan saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman.


Yaman, sebuah negara yang terperangkap dalam konflik yang berpanjangan, menghadapi krisis kemanusiaan yang serius. Jutaan penduduknya berjuang setiap hari untuk mendapatkan makanan yang mencukupi. Penduduknya ramai fakir dan miskin. Bagi mereka, daging adalah kemewahan yang jarang dapat dinikmati.

Kibas, terkenal dengan ekornya yang berlemak, merupakan pilihan yang sangat dihargai kerana dagingnya yang lazat dan bernutrisi tinggi. Dengan menyumbang kibas, anda bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga memberikan makanan berkualiti tinggi kepada mereka yang amat memerlukannya.



Kelaparan dan bekalan makan yang tidak menentu kini merupakan ancaman terbesar kepada mereka, menggantikan peluru dan bom. 60% daripada populasi Syria menghadapi masalah bekalan makanan, menjadikan mereka antara 6 negara dengan ketidakselamatan makanan tertinggi di dunia menurut Program Makanan Sedunia (WFP).


Daging akan diagihkan kepada pelarian dalam negara (IDP) di utara Syria, terutamanya di daerah Afrin dan Albab. Kebanyakan mereka tinggal di khemah-khemah usang selama bertahun-tahun akibat kemiskinan tegar. Makanan mewah seperti daging adalah amat jarang dirasai oleh mereka.



Palestin


Tahun ini Iltizam Relief Society akan melaksanakan ibadah korban untuk rakyat Palestin dengan cara yang sedikit berlainan. Disebabkan kesukaran mencari haiwan ternakan untuk dijadikan korban di Palestin. Kami akan melaksanakan ibadah korban di India dan akan menghantar daging korban di dalam bentuk sejuk beku. Dengan cara ini, daging korban ini akan tetap sampai kepada penduduk Palestin yang memerlukan. Tempoh penghantaran akan mengambil masa dalam 40-60 hari.




Setiap sumbangan di negara yang anda sumbangkan bukan hanya sepotong daging, tetapi juga harapan, kekuatan, dan kebahagiaan bagi mereka yang menerimanya. Jangan lepaskan peluang ini untuk berbuat baik dan menjalankan kewajiban agama anda.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI MURNI SURAYA ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2024

Kempen Sumbangan Tamat