MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 03, 2023

BANTU HADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH KE MAAHAD TAHFIZ

RM3,932 / 8.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM49,000

188 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI HADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH UNTUK KEMUDAHAN IBADAH PELAJAR TAHFIZ ASNAF. GEMBIRAKAN PARA PELAJAR DENGAN BANTU WUJUDKAN AKSES AIR BERSIH KEPADA MEREKA


Rasulullah SAW menekankan bahawa sedekah air adalah sedekah yang paling mengagumkan:


أَنَّ سَعْدًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْجَبُ إِلَيْكَ قَالَ الْمَاءُ


“Suatu hari Sa’ad RA mendatangi Nabi SAW dan bertanya, “Sedekah apa yang paling mengagumkan kepadamu?” Nabi SAW menjawab, “Sedekah air" (HR Abu Daud)


Kebersihan dan kesihatan itu sangat berkait dengan air. Air adalah sumber kehidupan yang paling penting kehadirannya, setiap makhluk di bumi memerlukannya tidak terkecuali manusia. Dalam ajaran islam air sangat dititikberatkan. Air bukanlah sekadar minuman bersih dan sihat yang diperlukan untuk kelestarian hidup dan semua makhluk hidup, tetapi, juga sebagai sumber penting yang sangat menentukan kesempurnaan iman seseorang dan sahnya sesuatu ibadah kepada Allah SWT.



Beberapa jenis ibadah iaitu solat, baca Al-Quran dan lain-lain lagi mewajibkan pelakunya suci daripada segala hadas dan najis. Fiqh menetapkan bahwa alat suci dari hadas dan najis yang paling utama dan terpenting adalah air, melalui wudhu atau mandi. Jika tidak ada air yang digunakan, maka alat suci lain yang digunakan untuk menyucikan diri dari segala hadas dan najis adalah tanah untuk tayamum atau batu untuk istinja' dan lain-lainnya sebagai pengganti air. Begitu pentingnya air yang bersih dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang tujuan hidupnya adalah untuk beribadah kepada Allah SWT sehingga ke hujung usia.


Pihak maahad telah menjalankan beberapa kempen untuk mengumpul dana bagi mewujudkan bekalan air bersih namun sehingga sekarang masih belum mencukupi. Oleh itu, kami dengan sukacitanya membuka peluang lagi kepada para dermawan sekalian untuk bantu bersedekah jariyah agar bekalan air bersih dapat segera disalurkan ke bangunan maahad yang baharu secepat mungkin.



Mari belanjakan harta dalam program sedekah jariyah bekalan air bersih bagi memenuhi keperluan harian anak-anak tahfiz dan juga warga maahad. Insya Allah pahala sedekah ini akan mengalir setiap hari, seiring dengan banyaknya manfaat yang dinikmati para pelajar dan warga maahad untuk bersuci, wudhu, memasak, minum, mandi, mencuci dan sebagainya.



Kedudukan bangunan maahad baharu agak jauh ini memerlukan kos yang tinggi untuk kerja-kerja pemasangan paip air yang panjang. Pihak maahad berhajat agar meter air dapat dipasang sebelum menjelang Ramadhan bagi memudahkan akses bekalan air bersih ke bangunan maahad yang baharu. Dibawah kami lampirkan sebut harga keseluruhan kos untuk menghadirkan bekalan air bersih SADA ke maahad.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas jasa dan sumbangan muslimin muslimat dalam membantu usaha mulia ini untuk manfaat para pelajar tahfiz bagi mempelajari Al-Quran. Sedekah salah satu amal yang dapat mengundang keberkatan. Berkah adalah ziyadatul khair, semakin bertambahnya nilai kebaikan. Penanda aras harta itu berkat adalah apabila Allah melimpahkan harta kepada kita,meningkatnya amal kebaikan yang kita lakukan. Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada para dermawan agar terus istiqomah melakukan sedekah jariyah. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

LILY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat