Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM90 / 1.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Berkhatan itu sunnah bagi lelaki dan mulia bagi perempuan." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)
Hadis di atas menunjukkan bahawa agama telah menggalakkan lelaki dan perempuan untuk berkhatan, tujuannya adalah untuk membersihkan diri daripada hadas. Berkhatan juga merupakan salah satu identiti orang Islam sehinggakan mualaf atau orang yang baru memeluk Islam walaupun sudah dewasa tetapi belum berkhatan digalakkan untuk berkhatan. Kami yang mengakui kebenaran Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad ﷺ, sewajarnya menyiarkan sunat ini kepada masyarakat dengan tujuan untuk menyampaikan syiar Islam secara ikhlas.
Proses Berkhatan Salah Seorang Santri Tahfiz Quran Dilakukan Dengan Penuh Teliti
Pada fasa ini, program berkhatan masih ditujukan kepada Pelajar Tahfiz Quran yang masih belum berkhatan tetapi tidak menolak kemungkinan anak-anak lain yang belum mengaji Al-Quran ditawarkan berkhatan dan menjadi pelajar tahfiz di Institusi Pendidikan Al-Quran sedia ada. Hal ini kerana jika pelajar Tahfiz Quran yang belum berkhatan memegang Al-Quran dikhuatiri hilang keberkatan apabila membacanya.
Bantuan Santri Tahfiz Quran yang Berkhatan
Program berkhatan ini insyaAllah akan dilaksanakan secara rutin setiap bulan khususnya kepada santri fakir miskin dan yatim Tahfiz Quran. Selain itu, program ini tidak terhad kepada khatan sahaja, tetapi menyediakan hadiah kepada Santri Tahfiz Quran berupa pakaian baru, sarung, mainan, makanan berkhasiat malah pampasan kepada keluarga miskin yang berhutang ketika anak-anak mereka berkhatan dan tidak bekerja sebab menemani anak. Penyampaian hadiah dan lain-lain ini bertujuan untuk menjadikan pelajar Tahfiz Quran yang bakal berkhatan tidak takut dan gembira apabila berkhatan dan dapat segera sembuh serta dapat menyertai aktiviti mengaji di Institusi Pendidikan Al-Quran.
Proses Berkhatan Salah seorang Santri Tahfiz Quran
اليد العليا خير من اليد السفلى
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 01, 2022
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 01, 2022