ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 12, 2023

RAYUAN DERMA BINA SEMULA PONDOK MENGAJI

RM550 / 5.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pondok mengaji anak-anak penduduk Kg Tajau Laut telah roboh dengan sendiri kerana terlalu usang. Kami buka peluang untuk anda menyumbang bagi pembinaan semula pondok ini.


Satu cabaran yang amat besar di Sabah ialah memastikan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan agama. Penduduk di sini hidup harmoni berbilang suku kaum dan agama. Sebab itulah, anak-anak orang Islam perlu terus dijaga supaya sentiasa mendapat pendidikan Islam. Walaupun lebih 70% penduduk Sabah beragama Islam, namun bumi Sabah masih kekurangan masjid, surau, sekolah agama, KAFA, pondok-pondok mengaji dan sebagainya.




Pada Julai 2022, ketua kampung Kg Tajau Laut, Kudat, menghubungi Iltizam Relief Society untuk mendapatkan bantuan memulihkan sebuah pondok usang yang dahulunya dijadikan tempat anak-anak mereka mengaji. Ketika Covid-19 / PKP, pondok ini terbiar dan disebabkan faktor sudah terlalu usang, pondok ini roboh dengan sendirinya dan tidak lagi selamat digunakan.



Kg Tajau Laut, terletak lebih kurang 10km dari bandar Kudat, perjalanan boleh mengambil masa 40 minit atau lebih. Dahulu ada seorang guru agama dari bandar Kudat datang ke sini untuk mengajar Al-Quran dan pendidikan Islam kepada anak-anak penduduk Islam di sini.


Kini, disebabkan tiadanya tempat yang sesuai untuk menjalankan kelas ini, maka kelas mengaji terhenti begitu sahaja. Setelah begitu lama, akhirnya Iltizam Relief mengambil keputusan untuk membantu pembinaan semula pondok mengaji ini.



Hasil tinjauan kami, bangunan perlu dirobohkan dan dibina semula. Struktur bangunan sedia ada tidak lagi selamat untuk digunakan. Oleh kerana ia melibatkan anak-anak sekolah rendah, maka membaik pulih bangunan ini tidak disyorkan demi keselamatan mereka.



Kami telah mendapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor, anggaran untuk pembangunan semula pondok ini ialah RM30,000. Ada juga kontraktor yang meminta RM40,000 dan lebih. Kami telah memilih RM30,000 kerana kontraktor sudah lama berkhidmat dengan Iltizam Relief dalam pembinaan telaga air di Sabah dan sebut harga mereka lebih berpatutan, walaupun barang binaan agak tidak menentu harganya. Kontraktor ini boleh siapkan pembinaan dalam 11 hari, insyaAllah.



Kami amat memerlukan sokongan anda supaya pondok mengaji ini dapat dipulihkan.


Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Maksudnya: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.” (Sahih Muslim No.4310, al-Tirmizi No. 1376 dan al-Nasa’ie No.3651)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat