DANA PEMBANGUNAN BAGI KESELESAAN PELAJAR YATIM DAN ASNAF

Dimulakan pada:
07 Aug, 2023
DANA PEMBANGUNAN BAGI KESELESAAN PELAJAR YATIM DAN ASNAF
30.10%
RM90,310
/RM300,000
3128
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

DANA DIPERLUKAN BAGI PEMBINAAN FASA 1 BANGUNAN KEKAL DEWAN MAKAN YANG MANA AKAN DIJADIKAN RUANG ASRAMA DAN BELAJAR SEMENTARA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para dermawan yang dikasihi sekalian. Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum merupakan madrasah berdaftar & diiktiraf oleh kerajaan negeri Selangor dengan nombor pend...
DANA DIPERLUKAN BAGI PEMBINAAN FASA 1 BANGUNAN KEKAL DEWAN MAKAN YANG MANA AKAN DIJADIKAN RUANG ASRAMA DAN BELAJAR SEMENTARA.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para dermawan yang dikasihi sekalian. Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum merupakan madrasah berdaftar & diiktiraf oleh kerajaan negeri Selangor dengan nombor pendaftaran SSM SA0441622-X yang terletak di No. 11-1 Jalan Dataran Suria 15/7/3 Seksyen 15, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.


Sesungguhnya, kami daripada pihak MAHWU (Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum) menyeru dan mengajak anda yang dermawan menginfak-tunaikan untuk bersama-sama kami menjayakan pembinaan kompleks MAHWU yang kini berada dalam pembinaan fasa pertama.



Saban musim, ramai ibu bapa malahan anak-anak muda memohon kemasukkan ke MAHWU. Tetapi apakan daya, ruang yang sempit serta kemudahan yang ala kadar juga kos pengurusan yang tinggi. Kami terpaksa mengehadkan kemasukan. Sehinggakan ada pelajar yang tidur di stor disebabkan ruang asrama yang tidak mencukupi. Ini antara permasalahan utama yang kami sedang hadapi sekarang:


1. Kos sewa bangunan yang tinggi dan membebankan terdapat 4 Cawangan Mahwu

2. Bangunan sewa sedia ada sudah mengalami kerosakan

3. Kesempitan ruang belajar, asrama, dewan makan malahan pejabat pentadbiran.

4. Kemudahan dan infrastruktur yang sangat terhad.

6.Tidak dapat mengambil kemasukan pelajar baharu.



CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS MAHWU


Justeru, seluruh warga MAHWU ingin mengajak anda para dermawan untuk bersama-sama menjayakan pembinaan kompleks MAHWU yang akan menghimpunkan kesemua para huffaz MAHWU di bangunan milikan sendiri dan kekal. Pembinaan Kekal Bangunan Dewan Makan dengan kos RM800,000.00 meliputi:


1. Dewan makan ini akan dijadikan asrama dan juga dewan belajar buat sementara waktu bagi menjimatkan kos sewa bulanan RM20,000.00.

2. Menjadi "bangunan utama" operasi pengajaran dan hafazan semasa pembinaan Fasa 2.

3. Dapat menjimatkan bil-bil utiliti seperti bil eletrik dan juga air.

4. Dapat memberikan sedikit keselesaan sementara waktu buat para huffaz.

5. Dapat mengumpulkan kesemua pelajar MAHWU dalam satu tempat.



Sesungguhnya, selama mana bangunan kompleks MAHWU tersebut beroperasi kelak, selagi itulah pahala amalan wakaf anda akan dapat ibarat air terus mengalir. Bahkan bila mana kita sudah pun meninggal dan juga boleh diberikan ke atas mak ayah kita yang telah meninggal dunia.



DI SINI AKAN LAHIRNYA PELAPIS PEMIMPIN NEGARA UNTUK MASA DEPAN


Allahu, bayangkan jika anda membuat infak tunai dan mewakaf ke atas MAHWU. Pahala apa yang akan terus mengalir untuk anda?


1. Pahala anak-anak tahfiz yang membaca Al-Quran dan menuntut ilmu di MAHWU.

2. Pahala anak-anak tahfiz yang mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain selepas habis belajar di MAHWU.

3. Pahala memudahkan semua penghuni MAHWU untuk membuat aktiviti pembelajaran yang baik dan selesa.

4. Pahala bertambahnya pelajar seterusnya MAHWU dapat melahirkan ramai hafiz yang akan terus memelihara Al-Quran.

5. Pahala bangunan kompleks MAHWU selagi mana ia beroperasi, selagi itu ganjaran ibadah sedekah akan terus mengalir.


"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui." 

(Surah Al Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

21 Dec 2023

Kemajuan kerja terkini :

 

i) Kerja kemasan Tandas Pelajar & Warden


> Memasang mozek dinding


> Memasang mozek lantai


> Mengecat dinding bilik air warden



ii) Memasang Sanitaryware & Fittings bagi tandas Warden



14 Dec 2023

Kemajuan kerja terkini :

 

i) Kerja kemasan Tandas Pelajar & Warden.


> Memasang mozek dinding


> Memasang mozek lantai



ii) Kerja Paip


> Menyambung paip dari meter


> Memasang Waterpump



08 Dec 2023

Kemajuan kerja terkini :

 

i) Kerja kemasan kambus/backfilling pemasangan paip sewer, tangki septik & manhole


ii) Memasang Lampu & soket & Paip + Waterpump serta membersih ruangan Dapur


iii) Meratakan tanah belakang tapak / site clearance & mengorek Earthdrain (sementara/temporary



07 Dec 2023

Kemajuan kerja terkini :

 

i) Progress kerja pengorekan/pemasangan paip sewer, tangki septik & manhole


ii) Membasuh / membersih ruangan Dapur


iii) Mengecat Pintu Dapur & Setor




09 Nov 2023

Kemajuan kerja terkini :

 

i) Progress Kerja Memasang Mozek bagi ruang dapur & setor..


> Mozek dinding 1.5m (h)

> Mozek lantai



27 Oct 2023

Kemajuan kerja terkini :-


i) Kerja-kerja Siling ruang Dalaman..  

  

> Siap keseluruhan

 

ii) Kerja pembinaan Longkang Perimeter sekeliling bangunan..



13 Oct 2023

Kemajuan kerja terkini :-


i) Kerja-kerja Siling ruang Dalaman..  

  

> Ruang Pelajar: ..Siap

> Ruang Warden: ..Siap

> Ruang Pejabat: ..Siap

> Ruang Dapur: ..Siap

> Ruang Tandas: Dalam proses..

 

 >> Mengemaskini pendawaian letrik dlm siling

 

ii) Baki kerja pendawaian elektrik & kemasan semula dinding dan plaster



06 Oct 2023

Kemajuan kerja terkini :-



i) Kerja-kerja Siling Dalaman (ruang pelajar)..  

  

> Memasang kerangka siling

> Memasang Siling plaster & skim

> Mengemaskini sistem pendawaian letrik dlm siling



ii) Baki kerja pendawaian elektrik & kemasan semula dinding dan plaster




29 Sep 2023

Kemajuan kerja terkini :-



i) Kerja-kerja Elektrikal....  

  > Pendawaian Lampu

  > Pendawaian Kipas

  > Pendawaian Aircond

  > Pendawaian Soket & Switch


ii) Memasang Conduit tambahan & Kemasan semula dinding dan plaster



22 Sep 2023

Kemajuan kerja terkini :-



i) Mengecat siling asbestos di sekeliling luar kawasan apron.


 

ii) Kerja Elektrikal memasang conduit pendawaian lampu, kipas, aircond & soket dll..



iii) Mengecat papan manis (fascia board) sekeliling.


iv) Menguji tekanan air semua paip dari tangki domestik



18 Sep 2023

Kemajuan kerja terkini :-


i) Memasang siling asbestos di sekeliling luar kawasan apron.


ii) Membaikpulih 'Waterproofing' Kolah, masih terdapat kebocoran halus sebelum kerja mozek di jalankan


iii) Cat undercoating Tiang Luaran



08 Sep 2023

Kemajuan kerja terkini :-


Assalamualaikum... W.B.T


Kemajuan kerja terkini: 


i) Setting Tangki air dan sistem paip dalaman bangunan  


ii) Membaikpulih 'Waterproofing' Kolah, masih terdapat kebocoran halus sebelum kerja mozek di jalankan


iii) Kerja 'waterproofing' ruangan tandas & bilik air


iv) Cat undercoating dalaman ruangan Dapur & Tandas



04 Sep 2023

Assalamualaikum... W.B.T


Kemajuan kerja terkini: 


i) Kemasan plaster semua paip air & conduit eletrik dalaman yang masih belum siap  


ii) Kemasan Frame pintu semua frame tingkap Aluminium


iii) Menguji kebocoran (ponding test) kerja Waterproofing 2 unit kolah - masih terdapat kebocoran yang perlu diperbaiki sebelum kerja mozek di jalankan


iv) Mula setting kerangka untuk kerja siling luar sekeliling apron.



25 Aug 2023

Kemajuan kerja terkini: 


i) Memasang semua tingkap Aluminium


ii) kerja Waterproofing 2 unit kolah - 3 layer


iii) Ponding Test (menguji kebocoran)




17 Aug 2023

Assalamualaikum....w.b.t


Kemajuan Kerja Terkini :-


i) Melepa/plaster semula paip-paip yang telah dipasang dalam dinding.


ii) Melepa/plaster semula paip conduit untuk pendawaian letrik yang dipasang dalam dinding.


iii) Mengecat Undercoat dinding dalaman yang telah siap dilepa/plaster




11 Aug 2023


11 Aug 2023


11 Aug 2023

Assalamualaikum...

Progress terkini


- kerja melepa (plaster) dinding setor . Siap


- konkrit Counter Top dapur. Siap


- plaster dinding dalaman bilik warden & pejabat


- hacking dah pasang pasang conduit elektik


- hacking & susunatur paip air dalaman



07 Aug 2023


07 Aug 2023


07 Aug 2023


07 Aug 2023


07 Aug 2023


07 Aug 2023


Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2024
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

RAYUAN SOKONGAN PERALATAN IBADAH PASCA BANJIR ACEH DAN SUMATERA
SUMATERA DALAM DARURAT HULURKAN BANTUAN SEKARANG
RAYUAN PRIHATIN PULIHKAN TRAUMA MANGSA BANJIR SUMATERA DAN ACEH
BUMI ACEH KEMBALI DIUJI
DARURAT KELAPARAN AYUH KIRIM MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR ACEH
Kempen Sumbangan Tamat