Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAR SOLIHIN MUAR
Dimulakan pada Sep 19, 2024
RM75 / 2.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam usaha untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan, kami dengan sukacitanya melancarkan Infak Barangan Dapur Dan Beras. Kempen ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga-keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan, atau keadaan yang tidak menentu.
Kempen ini menyediakan barangan dapur dan beras kepada keluarga yang menghadapi kesulitan, bagi memastikan mereka mempunyai bekalan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian. Semoga setiap keluarga yang dibantu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat, terutamanya bagi golongan yang terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas.
NGO DAR SOLIHIN MUAR akan memastikan bahawa setiap keluarga yang dibantu mempunyai sumber makanan yang mencukupi terutamanya bagi golongan fakir miskin dan warga emas. Jom bantu!
Mari kita bersama-sama membantu golongan asnaf, seterusnya dapat meringankan sedikit beban mereka. Sumbangan anda pasti akan membuatkan mereka tersenyum. Seperti janji Allah untuk hambaNya, setiap sedekah itu akan dibalas berlipat kali ganda di akhirat. Kami doakan semoga setiap ringgit yang disedekahkan menjadi jambatan meraih syurga Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 20, 2024
SARI HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 20, 2024
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2024