Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 15, 2024
RM218 / 7.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Muharam mempunyai kelebihan seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT bahawa ianya adalah salah satu daripada bulan haram. Rasulullah SAW juga telah menerangkan melalui hadith bahawa bulan Muharam adalah bulan diberikan kemuliaan dengan diberi ganjaran yang besar dalam amal soleh yang dilakukan dalam bulan ini.
Memandangkan bulan Muharam bulan yang mulia di sisi Allah SWT, seharusnya kita memperbanyakkan amal soleh di bulan ini. Antara amalan yang digalakkan kepada umat Islam untuk dilaksanakan adalah menunaikan puasa Asyura pada 10 Muharam. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada Tasu’a (hari kesembilan) atau (hari ke sebelas) bagi membezakan puasa orang Islam dengan orang yahudi.
"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu."
(Riwayat Muslim 1162)
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Dengan menyumbang untuk menyediakan iftar kepada pelajar asnaf dan yatim, anda turut berkongsi keberkatan dengan mereka yang memerlukan. Anda telah membantu meringankan beban mereka di tengah perjuangan mereka menuntut ilmu dan menjalani ibadah puasa ‘Asyura.
Infaq untuk iftar ini bukan sahaja membantu meringankan beban pihak maahad dalam situasi ekonomi yang kurang baik pada masa kini , tetapi juga menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Kita manfaatkan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan amal kebajikan dan mendekatkan diri kepada-Nya, memburu keampunan- Nya demi meraih keredaan Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM18.00
Jul 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 16, 2024