INFAQ ALATAN BANTU BERJALAN BUAT PESAKIT MEMERLUKAN

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH RINGANKAN BEBANAN KESAKITAN MEREKA DENGAN MENGINFAKKAN ALAT BANTUAN BERJALAN BUAT PESAKIT YANG MEMERLUKAN. JOM BANTU MEREKA MENGURUSKAN AKTIVITI HARIAN MEREKA, INSHAAALLAH, AMIN YA ALLAH.


Di luar sana masih terdapat begitu banyak masyarakat yang menghidap atau sedang menempuhi dugaan di mana mereka ini sukar berjalan kerana keadaan sakit yang dialami. Tongkat merupakan sebuah keperluan yang mendesak buat mereka menjalani kehidupan mereka seharian. Dengan ini, pihak persatuan dengan penuh rendah diri ingin mengajak semua lapisan masyaraat untuk bersama-sama dengan pihak kami dalam sedikit usaha kecil dengan menyumbang peralatan ini kepada golongan pesakit yang memerlukan dan tidak berkemampuan untuk membelinya.





Walaupun nilai alatan ini tidak terlalu tinggi, namun begitu, bagi mereka yang tidak berkemampuan, ianya adalah sebuah pilihan yang sukar buat mereka di mana mereka perlu memilih antara membeli alatan ini ataupun mendahulukan keperluan seharian buat diri dan terutamanya keluarga dan anak-anak. Semoga sumbangan yang diberikan membantu mereka yang memerlukan dalam menjalani kehidupan seharian sehingga sembuh kelak. Insya-Allah.



Rasulullah SAW Bersabda :

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat