ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 13, 2024

INFAQ SOKONGAN PROGRAM DAKWAH KAMPUNG MUALAF

RM260 / 8.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program Dakwah Di Desa Ngadas Mendorong 50% Warga Memeluk Agama Islam. Tabung Infaq Untuk Menyokong Program Dakwah Di Perkampungan Mualaf Terpencil.


Desa Adat Ngadas, sebuah desa yang dahulunya penduduknya majoriti beragama Hindu dan Buddha. Pada tahun 1965, seorang Da'i telah dikirim untuk berdakwah dan mengajar di Sekolah Rendah (SR) Ngadas. Perlahan-lahan, cahaya Islam mula menyinari desa tersebut dan sehingga kini, alhamdulillah, sekitar 50% daripada penduduk Desa Ngadas telah memeluk agama Islam.



Namun, jalan dakwah di desa mualaf seperti Ngadas masih panjang. Para Da'i dan guru mengaji yang tinggal di kawasan pelosok ini berdedikasi menyebarkan agama Allah dengan penuh kesabaran dan ketulusan.



Mereka bukan sahaja mengajar anak-anak membaca Al-Qur'an, tetapi juga membimbing masyarakat dalam memperkuat akidah dan ibadah mereka. Sayangnya, ramai di antara mereka hidup dalam keterbatasan, berjuang keras memenuhi keperluan hidup mereka sendiri, sementara tetap menyebarkan kebenaran agama Allah.


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki." (Surah Al-Baqarah: 261)



ASAR Humanity menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam program dakwah ini untuk program dakwah pada kampung mualaf di Indonesia, bukan sahaja dalam bentuk sokongan moral, tetapi juga dalam bentuk pakej makanan, keperluan harian, dan kos operasi dakwah.


InsyaAllah, setiap huruf Al-Qur'an yang diajarkan, setiap doa yang dilantunkan oleh para santri di desa-desa ini, akan menjadi pahala yang terus mengalir bagi kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 18, 2024

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2024

Kempen Sumbangan Tamat