Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 04, 2024
RM50 / 1.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan rohani dan jasmani, sehingga menganggapnya sebahagian daripada sifat iman. Nabi SAW pernah berpesan: Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie R.A beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)
Pihak maahad menerapkan nilai kebersihan ini dalam kalangan para pelajar tahfiz dengan memastikan mereka sentiasa berpakaian kemas dan bersih apabila mereka menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran sama ada di dalam kelas dan di luar kelas.
Pihak maahad berusaha menyediakan kemudahan kepada anak-anak tahfiz di sini seperti mesin basuh automatik agar memudahkan kerja basuhan pakaian mereka di sini. Memandangkan bilangan anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini seramai 52 orang, pihak maahad kadang kala mengalami kekurangan dana untuk menampung barangan keperluan mereka terutamanya pembelian sabuh basuh pakaian bagi anak-anak tahfiz di sini.
Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan bagi membeli sabun pakaian untuk mereka yang mana sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos perbelanjaan pihak maahad tahfiz dalam menyediakan kemudahan dan melestarikan amalan kebersihan dalam kalangan anak-anak tahfiz di sini.
Marilah kita berjihad dalam infaq sabun basuh ini serendah RM10 kepada anak-anak asnaf dan yatim di sini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kemurahan hati anda semua dengan ganjaran yang berlipat ganda, serta memberkati anda dalam segala urusan. Bersama-samalah kita menyokong perjuangan para huffaz Al-Quran di samping mengumpul ganjaran pahala yang berterusan untuk meraih keredaan Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami