MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 17, 2024

RAYUAN MEMBINA TANGKI SIMPANAN AIR BERSIH

RM160 / 1.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH HADIRKAN KEMUDAHAN BUAT PENDAMPING AL-QURAN DALAM MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH DENGAN BERINFAQ PEMBELIAN TANGKI AIR BERSIH YANG BESAR.


Ayuh menyemai benih kebajikan ibadah dan pahala di dalam infaq ini kerana ia merupakan amal jariah yang mulia di sisi agama yang mendatangkan pahala berterusan bagi yang melakukannya. Walaupun telah meninggal dunia kelak, pahala dari amal kebaikan tersebut akan terus mengalir kepadanya. Oleh itu, marilah menabung pahala melalui amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk pembinaan tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.



Sejak kebelakangan ini, pihak maahad mengalami masalah gangguan bekalan air ketika musim kemarau pada setiap awal tahun. Keadaan yang membimbangkan ini menjadi kesukaran buat para penuntut menggunakan air dalam dalam kehidupan seharian seperti untuk minuman, membasuh pakaian serta termasuk dalam ibadah seperti wuduk, istinjak, mandi dan sebagainya.


Pihak maahad telah membeli tangki air dan telah menggunakannya terutama ketika waktu krisis air. Walau bagaimanapun, ia belum mencukupi bagi menampung penggunaan air bersih ketika berlaku kemarau yang panjang. Penambahan perumahan baru yang akan dibangunkan di sebelah maahad ini menambah lagi masalah tekanan air menjadi rendah.


Oleh itu, pihak maahad berhasrat untuk membeli tangki air yang lebih besar supaya mampu menangani masalah tekanan air yang rendah dan masalah kekurangan air terutama pada waktu kemarau panjang yang sering berlaku hampir tiga atau empat bulan di kawasan utara tanah air ini baru-baru ini.



Marilah kita berganding bahu menghulurkan infaq tangki simpanan air bersih bermula RM10 demi kelancaran dan kemudahan anak-anak tahfiz yatim dan asnaf menuntut ilmu agama. Insya-Allah, anda bakal mendapat pahala yang sentiasa mengalir hingga hari kiamat, dan anda juga boleh menghadiahkan pahala tersebut buat ibu bapa, keluarga yang telah meninggal dunia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Kempen Sumbangan Tamat