PUSAT JAGAAN SATU WARGA EMAS

Dimulakan pada Dec 19, 2025

BANTUAN OPERASI PENJAGAAN WARGA EMAS ASNAF DAN TIDAK BERWARIS

RM100 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1 Penyumbang

364 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Pusat Jagaan Satu Warga Emas berada dalam keadaan kritikal. Tunggakan bil utiliti yang tinggi dan rumah sewa mereka yang bakal dijual bila-bila masa, 15 nyawa yang uzur sini harus dipertahankan.


Pusat Jagaan Satu Warga Emas kini berada dalam keadaan paling kritikal. Dengan tunggakan utiliti yang tinggi dan rumah sewa yang bakal dijual bila-bila masa, 15 nyawa yang uzur ini sedang menanti keajaiban untuk terus bertahan.


“Rumah Bakal Dijual, Makan Kini Dicatu, Bantu Selamatkan 15 Warga Emas Wanita Untuk Teruskan Hidup”




“Mereka Sudah Tiada Sesiapa Lagi Di Dunia Ini.”



Di bawah jagaan Puan Alisha (seorang India Muslim), Pusat Jagaan Satu Warga Emas menjadi tempat berteduh buat 15 orang wanita berusia antara 40 hingga 80 tahun. Walaupun berbeza latar belakang, mereka hidup bagaikan sebuah keluarga besar.


Namun, realiti hari ni sangat memeritkan buat mereka.



Rumah Bakal Dijual: Pemilik rumah sewa (RM1,500/bulan) sedang mengalami masalah kewangan dan memutuskan untuk menjual rumah ini. Jika ada pembeli, 15 warga emas ini bakal kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata.



Hidup Dalam Kegelapan: Banyak kali bil api air dipotong. Baik pulih utiliti terpaksa ditangguh kerana wang yang ada hanya cukup-cukup untuk ubat dan keperluan asas.



Makan Minum Mula Dicatu: Keadaan dana yang sangat kritikal memaksa mereka mengecilkan porsi makanan. Bayangkan warga emas yang sakit terpaksa berkongsi hidangan yang sedikit demi memastikan semua dapat merasa.


“Kenapa Mereka Perlukan Kita?”




Kos operasi yang diperlukan adalah sebanyak RM30,000 setiap bulan. Angka ini sangat besar bagi mereka, namun ia adalah nadi untuk:


1. Kelangsungan Tempat Tinggal: Jika ada dana yang cukup, mereka boleh mencari rumah sewa lain yang lebih selesa dan selamat dengan segera. 

2. Makanan dan ubat-ubatan: memastikan tiada lagi perut yang berlapar dan bekalan ubat untuk penyakit kronik sentiasa tersedia.

3. Pengurusan Harian: Melunaskan tunggakan bil supaya mereka boleh hidup dalam persekitaran yang bermaruah dan bercahaya.


“Berapa Sahaja Nilai Yang Dihulurkan, Sangat Besar Maknanya Buat Mereka.”



Pihak pusat jagaan tidak menetapkan sebarang jumlah khusus. Mereka sangat bersyukur dengan apa sahaja bantuan yang diberikan. Walaupun hanya RM1, jika ia diberikan dengan niat membantu 15 ibu ini keluar dari kesempitan, ia adalah sinar harapan buat mereka.


“Kami bersyukur atas setiap doa dan bantuan anda, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda dalam membantu kami menjaga amanah warga emas ini.”

(Puan Alisha, pengasas dan penjaga warga emas)



Hanya dengan kebersamaan kita, 15 nyawa di Pusat Jagaan Satu Warga Emas ini dapat terus berteduh dengan lebih selamat, malah kebajikan mereka lebih terjaga dan terbela.  Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga mereka hari ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 19, 2025