Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
GAN THIAM SENG
Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan
Anda mengaminkan doa ini
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Baari' permudahkn segala urusn mereka.Ya Allah Ya Rahim Ya Rahman Ya Latif alirkn pahala ini keats kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku,adik beradikku,selurh ketrunanku,sahbt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq Ya Ghani Ya Mughni kurniakn aku kesihtn yg baik,rezeki sejutanya manusia,rezeki yg blh mbantu aku bdakwh kejlnMu dunia akhrt.amin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.Ya allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku
0 orang mengaminkan doa ini