Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
ya allah kau selamat kn lah bumi palestin ya allah.kau beri pembalasan yg setimpal nya utk yahudi🤲hanya engkau sahaja maha menolong amin ya mujib🤲dan engkau panjang kn lah usia aku suami serta anknku.limpah ruah kn rezeki kami ya allah amin🤲
0 orang mengaminkan doa ini
HAKIM FIRAS FAIHA FARIHAN
Ya Allah kurniakan hapuskanlah bumi zionis di muka bumi ini termasuk sekutunya yg kejam. Kurniakanlah perlindungan dan keselamatan buat kami seluruh umat islam & saudara kami di gaza serta hapuskanlah segala bala & kesusahan yg bakal menimpa kami. Kurniakanlah kami rezeki yg tidak putus2 serta berikan kami hidayah & kekuatan beribadah kepadaMu & mendapat nikmat syurgaMu, aamin ya rabbal a lamin
0 orang mengaminkan doa ini