PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diberkati usaha bagi mendidik mereka yang kekurangan.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah anak2 ini kebahagiaan, peluang bekeluarga. Permudahkanlah urusan pihak pentadbir utk membeli rumah bagi anak2 ini. Jadikanlan mereka anak2 yg soleh dan solehah. Pandanglah mereka dgn pandangan rahmat Mu Ya Allah. Berikanlah mereka kebijaksanaan akal dan jauhkan mereka dari kesesatan.Ya Allah Pilihlah anak2 ini tergolong di dalam golongan yg engkau bebaskan dari api neraka

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PN HINDON BINTI ABDUL MAJID

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa2 kami semua.. Jauhilah kami dari azab api neraka.. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat penderma semua..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon keampunan untuk kedua ibu Dan ayah saya yg telah tiada....

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ringankan kesakitan ibuku. Sembuhkan segera dan pulihkan seperti sediakali dan permudahkan segala urusan perubatan nya. Dan jika Kau mahu mengambilkan nyawa ibu. Matikan ibu dlm keadaan beriman, dlm husnul qatimah, ampunlah dosa2 ibuku dan masukan ibuku surga firdausmu dan jauhkan seksaan spi neraka dan kubur. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: