PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD SABRI

10 bulan yang lepas

doakan rezeki dan umur panjang buat keluarga saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Semoga anak-anak yatim ini menjadi pembela agama Islam yang berani, kaya raya, beriman dan bertakwa kepada Allah. Mohon doakan untuk anak-anak yatim saya juga. Mohon sedekahkan Alfatihah buat arwah suami, Mohd Khairi bin Mohd Yusof yang baru sahaja meninggal dunia. Saya niatkan sedekah ini bagi pihak suami, InshaAllah aaameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Semoga anak2 disana sihat dan dirahmati allah..doakan saya sihat dan dimurah rezeki..amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya allah kau mudahkanlah perjalanan mereka dan segala urusan mereka..ya allah kau ampunilah segala dosa2 ku dosa kedua org tua ku.. Dosa2 kaum Muslimin dan muslimat yg masih hidup atau yg sudah meninggal.. Dan tempatkanlah mereka disisimu.. Ya allah.. Aamiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAQ

10 bulan yang lepas

ya Allah kurniakanlah kesihatan dan kesembuhan buat ibuku..aaminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Semoga dgn asbab sedekah ini akan menyembuhkan segala kesakitan Di tubuh badanku Dan sihatlah seperti sefiakala.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: