Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM220 / 2.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Umat Islam ada di mana-mana, termasuk di West Bengal, India. Bukan sahaja mereka miskin dan umat Islam di West Bengal juga ditindas dan tidak dipedulikan oleh kerajaan. Mungkin mereka dipersalahkan kerana memilih agama Islam sebagai agama mereka.
Ramadhan semakin hampir. Golongan fakir, miskin, ibu tunggal, dan anak yatim menderita, ditindas dan dipinggirkan di West Bengal, mereka meminta bantuan saudara Muslim mereka dari luar negara.
Mereka tiada pilihan lain melainkan mengharapkan ihsan dari saudara seagama mereka. Ada 800 keluarga yang meminta bantuan dari Iltizam Relief. Kita tidak mampu bantu semua, kita bantu seadanya.
Sudikah anda menderma sebakul pek makanan (RM150) atau seikhlas hati seperti RM10?
Jika sudi, dermalah sekarang supaya bantuan tersebut boleh disampaikan ketika awal Ramadhan dan anda meraih pahala berganda dan keberkatan bulan Ramadhan. Oh ya, jangan lupa, Iltizam Relief juga melaksanakan program bantuan iftar Ramadan di 11 negara yang lain termasuk Malaysia. Sila dapatkan info di sumbangan.com ini jika anda ingin menyumbang untuk Malaysia
Suburkan Ramadhan ini dengan bersedekah terutama kepada yang tersangat miskin dan amat mengharap. Semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan harta yang lebih baik lagi barakah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Majlis berbuka puasa di West Bengal.
Mereka tidak ada juadah berbuka yang mewah. Namun tetap meriah.
Mereka amat berterima kasih kepada saudara mereka dari luar, seperti Malaysia, yang bantu mereka melalui Sadaqah Ramadan.
Itulah hebatnya Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, kita saling tidak kenal tetapi kita bersaudara dan bantu membantu.
Terima kasih atas sokongan anda. Walau RM1 anda beri kepada kami, besar nilainya kepada lebih 98% orang Islam yang miskin di sini.
Insya Allah kami masih buka untuk anda menyumbang iftar untuk umat Islam miskin di West Bengal kerana ada 700 keluarga dengan isi rumah hampir 7,000 orang (mereka anak ramai).
Belum terlambat selagi Ramadhan masih ada, ganjaran pahala berganda.
Sadaqah Ramadan West Bengal, biar gambar berbicara.
Belum terlambat untuk anda menyumbang. RM10 mampu beri makanan buka puasa untuk 1 keluarga selama 3 hari.
Alhamdulillah, ada bendera Malaysia tertegak di West Bengal!
Hari ini rakan NGO kami di West Bengal telah buat persiapan yang kemas seperti diarahkan kami.
Insya Allah, esok 100 keluarga dengan isi rumah lebih 600 orang akan mendapat barang dapur, dengannya insya Allah mereka akan masak untuk bersahur dan berbuka puasa.
Dapat membantu saudara seagama tanpa mengira sempadan juga adalah satu nikmat dari Allah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita juga bangga bendera Malaysia terpampang di luar negara untuk membantu orang miskin di bulan yang mulia pula.
Dengan bajet terhad, kami hanya mampu memberi makan 100 keluarga untuk minggu ini.
Jika anda sokong, insya Allah kita mampu memberi makan lebih ramai lagi.
Mereka tiada pusat zakat atau baitulmal.
Mereka orang Islam, oleh itu mereka bukan keutamaan bantuan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
Mereka hanya ada kita, saudara seagama mereka.
Jom bantu.
Alhamdulillah, beginilah suasana iftar di West Bengal, anak-anak miskin dan yatim.
Walau RM10 anda sumbangkan, besar nilainya apabila beberapa orang berbuka puasa hasil sumbangan anda.
Ayuh, kita bantu umat Islam miskin di West Bengal (India).
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2023
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 15, 2023
KAMSANI MUDRICA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 15, 2023
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2023