MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 20, 2023

PELAJAR TAHFIZ MEMERLUKAN AIR BERSIH UNTUK KEPERLUAN HIDUP

RM565 / 7.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU HADIRKAN TANGKI AIR BERSIH UNTUK KEMUDAHAN BERWUDHUK, BERSUCI DAN IBADAH PARA PELAJAR TAHFIZ. ALIRKAN HARTA KEPADA AMAL KEBAIKAN YANG MANFAATNYA TIDAK PERNAH TERPUTUS.


Tanpa ada air takkan ada kehidupan. Air merupakan sumber kehidupan yang sangat diperlukan oleh manusia. Air adalah keperluan utama kerana air adalah sumber kehidupan. Dengan air, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan yang dapat dimanfaatkan oleh manusia. Betapa pentingnya air bagi kehidupan, memberikan akses air kepada makhluk Allah SWT sama saja dengan memberikan kehidupan kepadanya. Balasan atas hal ini sangat besar kerana manfaat yang sangat luas.


“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya.” (S.Az-Zumar:39)



Oleh itu, hendaklah kita sebagai seorang Muslim berada di barisan hadapan yang sentiasa berusaha untuk memberi atau bersedekah air kepada orang atau makhluk lain yang memerlukan air. Ketika kita melakukan hal ini bermaksud kita telah melakukan amal utama yang akan mendatangkan pahala, pengampunan dosa dan jalan meraih syurga.



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat agar berlumba-lumba dalam kebaikan dan sedekah tangki air bersih. Mari salurkan sumbangan bagi menyediakan tangki air bersih kepada para pelajar di sini. Kewujudan tangki air bersih ini amat penting bagi menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar kerana di kawasan Ayer Hitam sering dibelenggu masalah tekanan air yang rendah dan juga gangguan air.



Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan beberapa buah tangki air yang bersaiz besar untuk tujuan penyimpanan air bersih. Keperluan air sangatlah penting untuk aktiviti seharian para pelajar untuk berjuang menuntut ilmu. Mulai dari mandi, mencuci pakaian, bersuci dan berwudhu setiap hari memerlukan penggunaan air yang banyak. Kehadiran tangki air bersih kelak akan melancarkan kegiatan seharian para pelajar yang setiap hari kehidupan mereka berusaha belajar Al-Quran.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang telah menafkahkan sebahagian hartanya untuk keperluan bersuci, wudhu, mandi para pelajar kami di sini. Semoga ianya menjadi amal jariyah dan pahala yang berlipat-lipat yang terus mengalir seiring banyaknya para pelajar yang belajar di Maahad tahfiz ini. InsyaAllah


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat