Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM17,296 / 101.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM17,000
543 Penyumbang
Kempen Berjaya
Yaman Selangkah Ke Fasa Kebuluran. Hampir lapan tahun pertempuran antara tentera kerajaan yang disokong Pakatan Arab diketuai Saudi dengan kumpulan Syiah Houthi di Yaman. Perang ini telah mewujudkan apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.
Keganasan itu dijangka akan membunuh 377,000 orang menjelang akhir tahun ini, menurut Program Pembangunan PBB. Sementara itu, empat juta orang telah kehilangan tempat tinggal semasa pertempuran dan WFP menyasarkan 11.1 juta bantuan makanan pada November 2021. Pada bulan September, agensi itu memberi amaran bahawa 16 juta rakyat Yaman sedang menuju kelaparan.
Krisis kekurangan bantuan di Yaman menuntut kita untuk terus memberikan sumbangan melalui pelbagai saluran yang tersedia. - Al-Jazeera. Mereka bagaikan tiada pilihan dalam hidup ,sama ada mereka mati dalam keadaan kebuluran atau mati dalam peperangan.
Dari Abu Dzarr radhiyallahu 'anhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak masakan berkuah, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah tetanggamu." (HR Muslim)
Bakeri Iltizam , didirikan sejak 2017, memberi makan secara PERCUMA kepada mangsa di kem pelarian, di Sanaa dan Zabid. Seramai 1400 keluarga dibiayai melalui bakeri ini. Bantu kami pertahankan initiatif ini.
[Roti]
[Proses Pembuatan]
[Bahan Bakar]
[Penghantaran]
[Bungkusan Roti]
[Penerima Roti]
Ayuh kita memberikan sokongan kepada bakeri Iltizam agar lebih ramai nasib saudara kita dibela. Saudara kita amat memerlukan bantuan. Mereka bagaikan tiada pilihan dalam hidup ,sama ada mereka mati dalam keadaan kebuluran atau mati dalam peperangan.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya." (HR At-Thabrani).
Kami mengajak para dermawan, bersama Iltizam Relief, bantu memberi makan kepada mangsa peperangan di sini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2022