Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 09, 2024
RM185 / 0.19 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah kini sangat memerlukan kenderaan disebabkan anak-anak Tahfiz Yatim Dan asnaf di sini yang semakin bertambah iaitu seramai 60 hingga 70 orang. Dianggarkan sekurang-kurangnya tiga buah van diperlukan bagi kegunaan Maahad terutamanya untuk menghantar anak-anak ini bagi tujuan pergi solat Jumaat dan aktiviti luar seperti majlis bacaan Yassin dan tahlil dan lawatan sambil belajar, majlis graduasi dan untuk memenuhi jemputan luar yang lain untuk aktiviti masyarakat.
Buat masa ini, Maahad hanya mampu menggunakan beberapa van yang berusia dan uzur untuk kegunaan pergi solat Jumaat dan kecemasan dan aktiviti luar dan van ini memakan kos penyelenggaraan yang tinggi dan agak mahal disebab keadaan ekonomi semasa. Pihak Maahad juga terpaksa meminta bantuan dari pihak individu pihak luar untuk memenuhi jemputan luar. Justeru itu, Pihak Maahad berhasrat untuk membeli tiga buah van bagi memudahkan urusan pergerakan anak-anak. Dianggarkan kos pembelian sebuah van sekitar RM117,000 dan jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tiga buah van adalah sebanyak RM350,000. Kempen ini dilancarkan untuk mengumpul dana bagi membeli sebuah van bagi fasa 1.
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang sudi berkongsi rezeki dengan anak syurga ini. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.
Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اليد العليا خير من اليد السفلى
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)
Lantas kita sebagai orang dewasa, sanggupkah membiarkan mereka terkapai begitu sahaja? Bagi yang beriman, anak-anak ini lah lubuk berharga untuk merebut ganjaran pahala besar daripada Allah SWT.
Malah, Nabi SAW turut berpesan agar kita menjaga baik kebajikan mereka. Mencukupi keperluan mereka; makan, pakai, pendidikan, kesihatan, tempat berlindung dan sebagainya.
Ayuh, marilah kita sama-sama membantu anak-anak syurga ini dengan berinfaq RM10 untuk mendapatkan sebuah van untuk mereka berjihad menuntut ilmu agama Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jul 16, 2024
HAJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024