Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,625 / 23.21 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
89 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sememangnya kita diminta untuk bersabar dengan ujian kesakitan yang dihidapi serta berikhtiar untuk mengubatinya. Sakit adalah asbab penghapusan dosa dan kemuliaan darjat di sisi Allah SWT, namun bagi mereka yang sedang menghadapi dugaan ini, amatlah berat untuk mereka menanggungnya ditambah pula apabila pesakit adalah dari golongan orang susah atau miskin.
Rasulullah SAW bersabda: "Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itu pun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan." (HR. Muslim)
Program ziarah kami baru-baru ini menemui pesakit-pesakit dialisis amat menyentuh perasaan. Mereka ini bukan sahaja diduga dengan sakit buah pinggang kronik yang terpaksa menjalani proses dialisis, namun mereka ini sebenarnya adalah golongan asnaf dan amat memerlukan bantuan. Ada di kalangan mereka adalah ibu tunggal yang terpaksa menyara anak dan sebahagian lagi tidak berkeluarga. Walaupun mereka ada menerima bantuan bayaran caj rawatan dari pihak zakat, namun ia tidak diperuntukan untuk bayaran keseluruhan rawatan. Bagi keperluan lain seperti kos ubat-ubatan tertentu dan kos pengangkutan ke pusat dialisis tidak termasuk dalam senarai bantuan.
Atas rasa simpati terhadap golongan pesakit dialisis asnaf ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan khusus untuk kos pembelian ubat-ubat tertentu dan kos pengangkutan untuk tujuan pergi balik bagi mendapatkan rawatan. Terdapat juga sedikit bantuan keperluan asas harian mereka berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya yang difikirkan perlu. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 20-30 orang pesakit yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi melihat golongan pesakit dialisis asnaf dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang mereka tanggung. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan ganjaran yang besar buat kita semua.
Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023