Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,390 / 27.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
74 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Golongan pekerja bawahan yang terdiri daripada golongan B40 sememangnya golongan yang terkesan dengan suasana ekonomi negara ketika ini. Sebahagian mereka memiliki keluarga termasuk tanggungan yang perlu dijaga dan dibiayai. Walaupun duit bukan segala-galanya, namun banyak perkara dalam hidup ini memerlukan duit.
Menyedari akan keperluan kewangan yang mendesak bagi golongan B40 ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meringankan beban mereka ini dengan sedikit bantuan iaitu pihak kami akan mengedar nasi bungkus untuk makan tengah hari kepada 30 – 40 orang pekerja yang dikategorikan sebagai kumpulan B40 di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek ini dan semoga Infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Program lalu yang telah kami jalankan
Rasullullah SAW juga ada bersabda: Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?" Rasulullah SAW menjawab, "Kamu memberi makan kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Marilah bersama kami Tuan/Puan menjayakan kempen ini, sedikit bantuan yang dihulurkan, besar makna buat mereka yang amat memerlukan.
Terima Kasih. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SABARIAH AB RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2022