بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah,
Atas limpah dan kurnia-Nya, Program Bantuan Perubatan kepada Saudara Annuar, Johor telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 24 September 2022 bersamaan Hari Sabtu. Pihak persatuan telah menziarahi Saudara Annuar dan isterinya di kediaman kepunyaan bapa mereka. Sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas dan juga lampin dewasa turut diberikan beserta penyerahan sumbangan kepada saudara Annuar dan Isterinya dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga, In Shaa Allah.
Keadaan Saudara Annuar juga beransur pulih. Namun, beliau dinasihatkan oleh doktor bahawa tidak boleh melakukan sebarang aktiviti-aktiviti ynag berat, kesan daripada penbedahan diperut beliau. Beliau disarankan untuk berehat dirumah dan mengurangkan pergerakkan bagi mengurangkan sebarang kebarangkalian risiko terhadap penbedahan yang dialami beliau. "Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikulnya, semoga Saudara Annuar dan isteri sekeluarga terus cekal dalam menghadapai ujian, Amin.
Alhamdulillah syukur, semoga Allah membalas segala usaha kita didunia dan di akhirat,
In Shaa Allah,
Amin Ya Allah Ya Mujib.
Jazakallahu Khairan Kathira