Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Jom bantu siapkan Pusat Tahfiz dan juga sekolah akademik dibina khas untuk membantu anak-anak miskin dan anak yatim mangsa konflik di Kashmir.
Mereka amat memerlukan dana untuk membeli batu-bata, simen, besi dan lain-lain. Disebabkan inflasi global, harga barang binaan naik hampir setiap bulan. Oleh itu, lagi cepat siap lagi baik untuk mereka.
Setiap sumbangan anda insya Allah adalah sedekah jariah untuk akhirat anda.
Ayuh tuan / puan hamba-hamba Allah calon syurga Allah, insya Allah.
Satu bata harganya 12 rupees, jika dibundarkan RM1 sahaja 1 bata.
Jom Wakaf / infaq sekurang-kurangnya 10 bata seorang.
Semoga ini menjadi saham akhirat kita.
14/9/2022, baru sahaja kami dapat gambar-gambar mengatakan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.
Dana masih diperlukan untuk membeli batu-batu, simen dan lain-lain barang binaan serta membayar upah pekerja Rs2,200 sehari (RM125).
Ayuh tuan / puan, sebarkan kepada rakan-rakan.
Alhamdulillah, dengan kutipan dana keseluruhan setakat ini dapatlah membeli 2 pick up batu-bata sahaja. Simen dan bahan binaan lain belum beli.
Projek pembinaan tahfiz dan sekolah integrasi (konsep sekolah agama integrasi ulul albab seperti di negara kita kerana ada pengajian Islam, Tahfiz dan akademik) ini terbengkalai selama lebih 4 bulan kekurangan dana.
Alhamdulillah, kini kami dapat teruskan semula dengan sedikit dana terkumpul dan kami berhasrat untuk teruskan hingga siap dengans sokongan anda.
Projek ini adalah usaha sama antara Iltizam Relief Society dan Jamia Moin As Sunnah di Kashmir untuk memberi pendidikan percuma kepada lebih 300 anak-anak yatim dan miskin.
Disebabkan Kashmir sebuah wilayah yang sentiasa bergolak kerana kezaliman pemerintah penjajah India, ramai ayah-ayah anak-anak ini terkorban atau hilang begitu sahaja. Kashmir juga dipinggirkan dari segi ekonomi dan pendidikan. Maka usaha murni ini adalah untuk memastikan anak-anak ini tidak ketinggalan dari arus pendidikan.
Dengan siapnya tingkat 3 sekolah ini, insya Allah lebih ramai anak-anak yatim dan miskin boleh diterima masuk.
Jika bersedekah sebelah biji kurman boleh menjauhkan kita dari api neraka, seperti disebut dalam hadis, bayangkan anda wakaf / infaq untuk sekolah ini seikhlas hati?
Ayuh tuan-tuan, kami perlukan dalam RM40 ribu sahaja lagi untuk siapkan projek ini.
Pembinaan Tahfiz Jamia Moin As Sunnah (Kashmir)
Terima kasih semua penderma Sumbangan.com.
Masih banyak dana diperlukan supaya projek ini tidak terhenti untuk kali kedua.
Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan tingkat 3 bangunan tahfiz di Kashmir akhirnya telah bermula semula.
Penghantaran barang binaan terutamanya batu-bata sedikit tergendala akibat hujan lebat menyebabkan beberapa jalanraya runtuh tebingnya. Setelah di dapati jalanraya selamat untuk dilalui oleh lori maka penghantaran telah dibuat hari ini.
Insya Allah tuan / puan yang dirahmati Allah, kami merayu sumbangan anda supaya projek ini tidak terhenti untuk kali kedua. Kita perlu siapkan kerana harga bahan binaan semakin mahal.
Terima kasih sumbangan anda walaupun hanya cukup untuk membeli sebiji bata, amatlah besar sumbangan anda.
Sabda Nabi s.a.w:
“Jauhilah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah butir kurma,..” (Bukhari dan Muslim)