Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PROGRAM INFAQ AIR SIHAT KANGEN PADA 30 JULAI 2021
1-Yayasan telah memulakan program penyampaian sumbangan Infaq Air Sihat Kangen kepada komuniti setempat pada 30 Julai 2021.
2-Sebuah Kiosk air dibuka di perkarangan Oasis Halal Mart, Wisma MAIS Seksyen 3 Shah Alam bagi membotol, menyerahkan sumbangan air sambil diikuti sesi penerangan ringkas kepada penerima tentang manfaat meminum dan menggunakan air Kangen.
3-Program akan diteruskan secara berkala dengan sasaran pemberian kira-kira 150 botol 5 Liter Air Kangen. Kira-kira 40 botol telah diedarkan pada 30 Julai 2021.
VIDEO 30 JULAI 2021 DILAMPIRKAN - VIDEO PROGAM
Terima Kasih
16-7-2021 – LAPORAN INFAQ KIOSK AIR SIHAT, YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA*
1-Progres kutipan bersih semasa sangat rendah daripada sasaran RM25k iaitu hanya RM1,700. Maka sasaran pembelian mesin air Kangen bernilai antara RM14k-Rm18k (Kiosk) dijangka tidak dapat dilaksanakan.
2-Untuk itu, pihak Yayasan bercadang untuk menyedia dan mengagihkan Air Sihat - Air Kangen dalam botol-botol minuman terus kepada komuniti setempat.
3-Keputusan akhir dan pelaksanaan infaq air sihat ini akan dilakukan selepas tamat tempoh kempen pada 21 Julai 2021.
Terima kasih.